Aku pernah jumpa beberapa orang dalam hidup aku yang betul-betul genius.
Jenis yang bila mereka bercakap, kau boleh dengar berjam-jam tanpa bosan.
Fikiran mereka tajam. Visi mereka besar.
Kalau idea-idea itu benar-benar diterjemahkan ke dalam tindakan dan sampai ke internet, aku yakin hasilnya luar biasa.
Tapi di situlah masalahnya.
Mereka suka bercakap, terlalu suka.
Idea yang sepatutnya menjadi tindakan habis sama sekali dalam perbualan, perbincangan, dan mimpi yang tak pernah diuji dengan kerja sebenar.
Impian untuk masyarakat itu ada.
Visi jelas.
Potensi besar.
Namun semuanya terhenti kerana disiplin tidak mengiringi kebijaksanaan.
Dan aku sedar…
aku juga pernah terperangkap di situ.
Setiap kali aku terlalu teruja lalu berkongsi rancangan dengan audiens yang besar, aku rasa satu kepuasan aneh. Seolah-olah aku sudah melakukannya.
Beberapa hari kemudian, momentum itu hilang.
Hakikatnya, otak aku sudah “mengira” kejayaan itu lebih awal.
Itulah dopamin.
Mengumumkan rancangan sebelum ia nyata sebenarnya melemahkan tenaga, fokus, dan keikhlasan.
Ia memberi ganjaran palsu tanpa usaha.
Ia buat kita rasa cukup, walaupun kerja belum bermula.
Sebab itu aku belajar satu perkara penting:
buat dulu, cakap kemudian.
Biarkan usaha berlaku dalam diam.
Biarkan konsistensi membentuk diri.
Dan bila tiba masanya, biarkan hasil itu bercakap dengan sendiri, dengan izin Allah.
.png)
0 Ulasan